Kelebihan apabila menjadi penjawat awam setelah disahkan jawatan, mereka boleh memohon pembiayaan perumahan kerajaan dengan margin pembiayaan 100% pada had kelayakan pembiayaan tertinggi.
Akan tetapi, malangnya sehingga ke hari ini masih ramai terperangkap dengan dua perkara ini, iaitu margin pembiayaan 100% dan had kelayakan yang tinggi.
Jom baca artikel perkongsian dari Tuan Mohd Fadhli Mohd Fauzi supaya lebih ramai celik dalam strategi hartanah agar tidak tersalah langkah..
1. Had pembiayaan 100%
Penjawat awam ramai terperangkap apabila tahu margin pembiayaan perumahan kerajaan adalah 100%. Maknanya, jika kelayakan mereka 270K, mereka boleh beli rumah harga?270K dengan pembiayaan penuh. Penjawat awam yang belum celik hartanah terutamanya yang baru kerja pasti akan menyangka mereka tak perlu keluar duit sendiri kerana margin pembiayaan adalah 100%.
Maka, buat apa nak risau untuk menyimpan deposit beli rumah. Sebab itu ramai yang mulakan kerjaya dengan pembiayaan peribadi, diikuti pembiayaan kereta.
“Tabung rumah? Kan pembiayaan penuh,” kata mereka.
Hmm.. takpe, nanti masa mereka mula survey untuk beli rumah, baru mereka tahu pembiayaan penuh pun lazimnya kena bayar deposit juga; biasanya 10%, kadang-kadang 3%, dan jarang-jarang 1%, walaupun ada juga yang boleh dapat 0%. Bayaran deposit tu akan dipulangkan selepas pembiayan fully disbursed.
Kalau deposit 0% pun, untuk rumah undercons, kena juga keluar duit lepas siap nanti untuk renovasi rumah sikit. Untuk subsale, kalau dapat rumah yang cuci kaki je terus masuk takpelah juga.
2. Had kelayakan tinggi
Rujuk gambar had kelayakan pembiayaan perumahan penjawat awam. Sangat tinggi, kan?
Ramai penjawat awam terperangkap dengan had kelayakan tinggi ini. Mereka terus membeli rumah idaman sebagai rumah pertama, yang biasanya mereka jadikan rumah terakhir mereka juga.
Ada yang menggabungkan had kelayakan suami dan isteri kerana kedua-dua mereka ialah penjawat awam demi membeli rumah idaman harga gabung kelayakan.
Dengan kelayakan dua-dua layak 340K, bolehlah beli rumah 680K. Landed, undercons, besar. Konfem, ini rumah idaman.
“Layak, kan? Kenalah manfaatkan kelayakan ini,” kata mereka.
A’ah, menang layak, tapi sebenarnya ramai yang tak mampu.
Apabila gaji mula dipotong untuk bayar rumah, baru perasan baki gaji yang ada cukup-cukup untuk bayar pembiayaan peribadi dan pembiayaan kereta. Nak dijadikan cerita, dua-dua kena pindah tempat kerja, jadi rumah idaman kosong. Nak sewakan rasa sayang. Hmm..
Penjawat awam yang bijak akan memanfaatkan keistimewaan ini untuk miliki 3 rumah dengan modal minima, bukan terperangkap dengannya.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi pelbagai ilmu berkaitan hartanah, ikuti facebook Mohd Fadhli Mohd Fauzi
Sumber : Mohd Fadhli Mohd Fauzi & IIUM