Kalau sebelum ini satu dunia digemparkan dengan berita 12 kanak-kanak bersama jurulatih di Thailand terperangkap dalam gua selama beberapa hari dan semalam pula, terdapat juga tragedi seakan-akan sama berlaku di Gua Tempurung, Perak, Malaysia.
Difahamkan, seramai 30 orang kru produksi antarabangsa telah terperangkap di dalam gua yang berada di Perak itu selepas hujan lebat melanda dan menjadi punca mereka terperangkap di dalam sana.
Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, seramai 80 kru yang terlibat dalam penggambaran itu tetapi yang terperangkap hanya seramai 30 orang terdiri daripada warga tempatan serta orang luar.
Selepas berjaya diselamatkan, salah seorang mangsa bernama Muhd Aidilfitri berkongsikan pengalaman ngeri yang dilalui oleh mereka semua di dalam gua terbabit.
Perjalanan untuk pengambaran bermula
Pada jam 8 pagi, Aidilfitri memberitahu bahawa semua kru produksi memasuki Gua Tempurung untuk menjalani pengambaran seperti yang dirancang.
Air naik mendadak
Selepas seharian berada dalam gua terbabit menjalankan penggambaran, kira-kira jam 4 petang hujan lebat melanda dan air tiba-tiba memasuki ke dalam gua dan naik secara mendadak.
Beberapa jam terperangkap
Pengalaman ngeri itu terpaksa ditempuhi oleh kru-kru produksi selama 2 jam sebelum berjaya menyelamatkan diri dari terperangkap dalam Gua Tempurung tersebut.
Hubungi kru di luar Gua Tempurung
Aidilfitri membuat keputusan untuk menghubungi kru-kru yang lain, dimana ketika itu mereka berada di luar gua agar menghubungi pihak bomba untuk memaklumkan kejadian yang berlaku.
Kru-kru yang terperangkap berjaya di selamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada anggota polis serta bomba.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.