Kalau kita lihat, ramai artis turun padang untuk membantu menyelamatkan dan memberi keperluan buat mangsa banjir di sekitar Selangor.
Harith Iskander turut tidak melepaskan peluang untuk sertai misi menyelamat bersama NGO, The Hope Branch bersama isterinya.
Menerusi Instagram, Harith berkongsi detik dan kisah ketika mereka menyelamatkan seorang bayi berasma ibunya yang terperangkap di tingkat atas sebuah rumah kedai selama dua malam.
Situasi yang memang tidak dapat dibayangkan kerana gelap, kedalaman air mencecah sehingga 10 kaki di beberapa tempat.”
Kata Harith lagi, mereka dibantu oleh seorang pemilik kedai yang menunjukkan arah kepada bot untuk ke rumah dua beranak yang terperangkap itu.
Masih tidak percaya dengan situasi yang berlaku namun Harith berkata dia berharap segalanya akan pulih dengan segera.