Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof tampil menjelaskan keadaan sebenar selepas dia dikatakan menjadi punca kemalangan di antara dua buah kereta mewah seperti yang tular di media sosial.
Mengulas mengenai kejadian yang berlaku di Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu, pengarah itu berkata insiden itu berlaku disebabkan kereta berjenama Audi berkenaan tidak fokus ketika memandu sehingga melanggar kereta di hadapannya.
Ini video sebenar, Audi tak fokus.
Bukan salah saya.
Perkara itu dikongsikan menerusi Instagram akaunnya dan dia juga memuat naik kejadian sebenar yang sempat dirakam orang awam yang berada di lokasi berkenaan.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan keretanya terlalu menyerlah dan menarik perhatian ramai sehingga menyebabkan kemalangan.