Niat di hati hanya ingin mempromosi drama lakonan terbarunya, namun tindakan Daler Yusof memuatnaik sebuah video ke laman sosial telah memakan dirinya. Di dalam video tersebut, Daler dilihat sedang menunggang motosikal bersama Nelydia Senrose. Akibat terkejut dengan tindakan Nelydia membrek secara mengejut, Daler Yusof telah secara tidak tersengaja memegang bahagian dada pelakon tersebut. Video tersebut telah menjadi viral. Akibatnya, Daler Yusof dikecam oleh para netizen.
Ini adalah video yang telah menjadi sebutan ramai kebelakangan ini. Ramai yang turut sama melahirkan rasa “cemburu” dengan ketidaksengajaan Daler Yusof tersebut. Nelydia Senrose beb. Sapa tak cemburu kan?
Tidak lama selepas itu, Daler Yusof telah bertindak memadamkan video tersebut daripada Instagramnya. Pelakon itu juga telah tampil memohon maaf. Kata Daler:-
Sejujurnya saya memang tidak sengaja terpegang bahagian dada Nelydia ketika itu. Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang tersinggung atau terasa hati dengan video itu. Memang tak sangka video yang saya muat naik pagi tadi menjadi viral dan menerima banyak kecaman”
Niat saya kongsi di Instagram hanya untuk mempromosikan salah satu babak menarik dalam drama tersebut. Terus-terang saya sendiri tak sedar babak akhir dalam video tersebut ada insiden itu. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sesuatu
Biasalah itu bila naik motor dan terbrek sengaja mengejut memang boleh terjadi perkara sebegini. Diharap Daler dapat bersabar dengan kecaman dan kritikan netizen. Lepas ini sila lebih berhati-hati ketika upload sesuatu ke laman sosial. Periksa dulu 5,6 kali untuk mengelakkan sebarang kontroversi. Sumber Mstar Online.
P.S: Maaf tersalah taip nama pulak. Sepatutnya Nelydia Senrose, bukan Uqasha. Mabuk lemang lagi.