July 31st, 2018

Terpedaya dengan modus operandi sindiket penipuan haram ataupun ‘scammer’ yang menyamar sebagai pihak bank, pelakon Syafiq Kyle akui mengalami kerugian besar hampir RM40,000.

Melakukan penipuan tersebut menerusi panggilan telefon, Syafiq berkata segalanya berlaku dengan pantas dan lakonan penipu itu begitu meyakinkan.

Saya sudah terkena dan berharap orang ramai terutama peminat lebih berhati-hati apabila menerima panggilan telefon yang mencurigakan. Semuanya berlaku sangat pantas dan modus operandi yang dilakukan sindiket terbabit sangat menyakinkan.

Mereka juga menyamar sebagai pihak bank dan meminta saya memasukkan wang ke akaun diberikan kononnya saya pernah melakukan kesalahan. Saya terus memasukkan wang diminta tanpa menyedari diri menjadi mangsa pihak terbabit. Ia kali pertama saya ditipu pihak tidak bertanggungjawab sepanjang berkecimpung sebagai artis. Apapun, saya redha dengan apa berlaku kerana mungkin bukan rezeki saya.

Susulan itu, Syafiq pada Sabtu lalu telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan pihak polis sedang menjalankan siasatan berkaitan kes sindiket penipuan wang haram itu. Tujuan Syafiq mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu orang ramai turut menjadi mangsa kepada penipuan sindiket tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro


26 responses to “Terpedaya Dengan ‘Scammer’ Menyamar Sebagai Pihak Bank, Syafiq Kyle Rugi RM40,000”

  1. Anonymous says:

    Lancap je lah,apa pun xboleh.

  2. Anonymous says:

    panggilan scammer ni aku dah biasa dpt… nk dibodohkan atau membodohkan terpulang… ayat2 power jer ckp.. bank smpi lah polis perbagai pegawai dah call tanye IC kita… nk jd bangang g bagi IC no lah erm should not k.. bila kita called baru bank mtk verification, lainlah budak2 xtau hal ni… kadang2 malas layan.. kadang2 suka2 layan kasi ugut diorg balik.. latest dr pegawai immigration kt putrajaya.. aku ckp kebetulan sgt nk g jupe mtk nama dia nama bos block floor mane sume.. aku sound on d way skrg… terkial2 jwb tazabar nk letak fon.. harap dah mampus xde dh cari nk tuntut duit bagai hahahahaa

  3. mak hayam says:

    org berduit 40 ribu mcm 4 ringgit. kena tipu hidup2

  4. Minah membawang says:

    Bile bce cte ni aku cume tpikir 2benda..1 bile die kte xsdr tau2 da msk dt ke acc org tu mgkin die dipukau melalui fon..sb tu jgn agkt call dr scammer yg kte dr bank sume sb kebykn dr mereka mmg menipu jek..yg ke2 aku cume tpikir adakah golongan artis ni bodoh xbce paper n xikuti pkmbgn berita semasa??bnde ni bkn 1st time jd..pttnye die xlyn call dr scammer tu..ye mmg kbykn retis ni bodoh bajet kje dorg bz sesgt spai brte semasa pn xtau..sekian!!

    • Anonymous says:

      betul.. xpenah bank call akan tanye details customer except ko call dia baru bank mtk verification

  5. jgn pepandai kata org bodoh..kalo aku tak silap, jenayah camni disebut jenayah komersil kot..org tipu duit kita secara online apetahh..contoh nak buat personal loan..dr company macam2..aku dah kene, aku tau laa..aku penuhi semua syarat, tggu nak submit ke HQ, boleh plak MANAGER dia mintak duit kopi rm1500 kat aku, padahal aku dah spent rm3,950 utk penuhi syarat utk loan rm10k..memang gilerr!!! dahla pas raya, duit takdak..habis semua along aku pinjam utk penuhi syarat dekat rm4k tu..sudahnya aku buat police report sbb aku dah cuak bila manager and company DR LEGACY(cuba google) mcm nak game aku..! katanya 21 hari nak refund duit hampir rm4k tu kalo aku cancel loan..x tau la betol ke tak??? jgn nak bodoh2 kan org..belum kene batang idong sendirik, bolehlah sembang kencang..!apa2 jadi, harap dorang ni kena laknat la sebab aniaya org, duit org! ramai sangat dah kot mangsa scammer ni..tiap2 ari!!!

Loading...