Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Terpalit Kontroversi Usahawan Kosmetik Pukul Anak Angkat, IG Aliff Syukri Diserang Netizen

aliff syukri pukul anak angkat

Kecoh sejak awal malam semalam, apabila viral berita seorang usahawan kosmetik terkenal didakwa bertindak kasar memukul anak angkatnya yang berusia dua tahun dalam satu kejadian yang berlaku pada 28 Februari lalu. Suspek dikatakan memukul muka kanak-kanak berusia dua tahun itu menggunakan tangan semasa mahu merakam gelagatnya menangis untuk tujuan publisiti, “content” untuk melariskan lagi saluran YouTube miliknya.

aliff syukri ameena

Advertisement

Isu ini mendapat perhatian ramai dan cukup hangat diperkatakan dan menerusi ruangan Facebook, viral salinan laporan polis yang turut tertera nama Datuk Seri Aliff Syukri dan anak angkatnya, Ameena.

“Betul ke pukul Ameena?” – Netizen

Advertisement

Ramai yang mula mengaitkan kes ini dengan Aliff dan ruangan Instagramnya mula dibanjiri dengan komen netizen yang mahukan penjelasan berhubung isu ini. Mempersoalkan adakah benar berita yang tersebar mengaitkan namanya itu.

Bagaimanapun, sehingga kini pihak Aliff masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi tersebut.

Sebelum ini, sudah beberapa kali usahawan itu dihimpit kontroversi melibatkan anak angkatnya. Antaranya mengenai perbezaan kasih sayang diberikan kepada anak kandung dan anak angkat meskipun dia dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sebenarnya sudah mencuba yang terbaik untuk memberikan layanan sama rata terhadap kesemua anak-anak mereka.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 Comments

  1. Anonymous

    March 5, 2020 at 6:33 pm

    Haritu bukak pekung keluarga org utk publisiti… nah sekarang Allah tunjukkan sikap sebenar kamu pulak…

  2. Anonymous

    March 5, 2020 at 3:53 pm

    X nk buat live ka dato ttg cita hangat dato..nnt ramai subscribe dapt duit poket minyk keta ye dak

  3. Mat Aussie

    March 5, 2020 at 11:57 am

    haritu kata aliff belut ni kiriman tuhan nk dedah keluarga org.
    ni mana geng bekap dia ni mana?
    bekap la jutawan melayu bodoh korang ni

  4. intan kembong

    March 5, 2020 at 11:10 am

    kesiannya ameena..klu xmau jaga, bagi ja kat aku

  5. unknown

    March 5, 2020 at 10:49 am

    anak dh ramai sibuk nak amek anak angkat.. dh tu bukan hampa yg jaga maid yg jaga.. kesudahannya???? kaya dengan hasil duit publisiti murahan.. cehh

Loading...
To Top