Kecoh sejak awal malam semalam, apabila viral berita seorang usahawan kosmetik terkenal didakwa bertindak kasar memukul anak angkatnya yang berusia dua tahun dalam satu kejadian yang berlaku pada 28 Februari lalu. Suspek dikatakan memukul muka kanak-kanak berusia dua tahun itu menggunakan tangan semasa mahu merakam gelagatnya menangis untuk tujuan publisiti, “content” untuk melariskan lagi saluran YouTube miliknya.
Isu ini mendapat perhatian ramai dan cukup hangat diperkatakan dan menerusi ruangan Facebook, viral salinan laporan polis yang turut tertera nama Datuk Seri Aliff Syukri dan anak angkatnya, Ameena.
“Betul ke pukul Ameena?” – Netizen
Ramai yang mula mengaitkan kes ini dengan Aliff dan ruangan Instagramnya mula dibanjiri dengan komen netizen yang mahukan penjelasan berhubung isu ini. Mempersoalkan adakah benar berita yang tersebar mengaitkan namanya itu.
Bagaimanapun, sehingga kini pihak Aliff masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi tersebut.
Sebelum ini, sudah beberapa kali usahawan itu dihimpit kontroversi melibatkan anak angkatnya. Antaranya mengenai perbezaan kasih sayang diberikan kepada anak kandung dan anak angkat meskipun dia dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sebenarnya sudah mencuba yang terbaik untuk memberikan layanan sama rata terhadap kesemua anak-anak mereka.