Terpalit Kes Amang Seks*al, Naim Daniel Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

Hiburan

Terpalit Kes Amang Seks*al, Naim Daniel Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

Pelakon dan penyanyi terkenal iaitu Naim Daniel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun pada 19 Mei yang lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Naim atau nama lengkapnya Muhammad Na’im Daniel Baharin, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.

Advertisement

Naim Daniel tiba di mahkamah kes amang seksual

Mengikut pertuduhan, selebriti terbabit didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan niat seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada 19 Mei lalu, sekitar jam 8.56 malam.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

naim daniel

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Mohd Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif.

Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000, dengan syarat tambahan iaitu pasport tertuduh ditahan sementara serta tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan dalam apa jua cara.

Namun, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin, bersama syarat tambahan seperti yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 18 Ogos ini.

Naim Daniel tiba di mahkamah
1 hour ago

Terpalit Kes Amang Seks*al, Naim Daniel Tiba Di Mahkamah Ditemani Ibu - "Saya Okay, InsyaAllah..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...