Terpalit Isu Solat Tak Pakai Telekung, Siti Nurhaliza Tampil Beri Respon – “Dapat Pahala Tak Kalau Reda?”

Viral

Terpalit Isu Solat Tak Pakai Telekung, Siti Nurhaliza Tampil Beri Respon – “Dapat Pahala Tak Kalau Reda?”

Isu melibatkan Siti Nurhaliza yang menunaikan solat dengan mengenakan jubah tanpa telekung terus menjadi perhatian apabila usahawan dan pempengaruh, Khairul Hakimin tampil memberikan pandangan.

Menerusi hantaran di Threads, Khairul menyifatkan tindakan individu yang merakam dan menyebarkan gambar Siti ketika sedang beribadah sebagai tidak sopan sehingga mencetuskan polemik dalam kalangan warganet.

Advertisement

Siti Nurhaliza

“Susahnya menjadi seorang Siti Nurhaliza. Dah elok fokus solat pun orang pergi ambil gambar dan sebarkan. Betapa besarnya dosa orang itu, jadi buat orang lain bergaduh sana sini.”

Perkongsian tersebut kemudian menarik perhatian Siti sendiri apabila beliau membalas komen berkenaan dengan nada tenang.

Siti Nurhaliza

“Tidak apa, agak-agak dapat pahala tak kalau kita reda?”

Sebelum ini, penampilan penyanyi lagu Cindai itu ketika menunaikan solat di sebuah masjid menimbulkan persoalan segelintir pihak berhubung kesahihan ibadah tersebut kerana tidak mengenakan telekung.

Bagaimanapun, kekeliruan itu dijelaskan oleh Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia yang menyatakan solat tersebut adalah sah selagi menepati syarat menutup aurat dan rukun solat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-25 11:44:50

"Dah Faham Akhirnya Ke Mana, Tapi Aku Ingin Tinggal Sedikit Lebih Lama" - Foto Elyana Di Katil Hospital Undang Sebak Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...