Terpalit Isu Berkaitan Agama & Reputasi, Don Daniyal Akui Tidak Terkesan – “Saya Hidup Seperti Biasa, Sentiasa Fikir Positif…”

Trending

Terpalit Isu Berkaitan Agama & Reputasi, Don Daniyal Akui Tidak Terkesan – “Saya Hidup Seperti Biasa, Sentiasa Fikir Positif…”

Don Daniyal Don Biyajid, 40, yang terpalit dengan beberapa isu berkaitan agama dan reputasinya baru-baru ini mengakui tidak terkesan dan sentiasa berfikiran positif.

Kata pendakwah itu, dia menganggap apa yang berlaku itu adalah ujian buat dirinya dan peluang untuknya merancang semula kerjayanya.

Advertisement

Saya hidup seperti biasa, perjalanan seperti biasa. Kita tak boleh nak ubah situasi kerana bukan kita yang berkuasa, tapi Allah lebih berkuasa.

BACA: “Ini Salah Terus Ustaz, Bukan Kesilapan” – Don Daniyal Mohon Maaf Isu Hukum Berpuasa Di Hari Tasyrik

 

Sedang tunggu keputusan MAIS

Ketika ini, dia sedang menunggu keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk memutuskan aduan dan isu membabitkan dirinya.

Kita tidak boleh mengubah perkara ini (takdir), namun kita boleh tentukan bagaimana kita memberi reaksi kepada situasi ini. Alhamdulillah, saya ambil semuanya secara positif pada diri terhadap apa yang berlaku itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Agami Group (@agamigroup)

Saya juga anggap ini adalah peluang untuk merancang dan mengatur semula pekerjaan saya. Semua perkara dalam hidup ini adalah ujian (Allah) dan ia bukan hukuman sepanjang hayat. Saya ada sokongan keluarga serta rakan-rakan.

 

Tak kecil hati dengan komen netizen

Dalam pada itu, dia turut akui tidak berkecil hati dengan komen-komen ditulis oleh netizen susulan kontroversi berkaitan ceramah agama disampaikannya yang didakwa melanggar peraturan tauliah.

Saya baca semua komen di internet (media sosial), tapi tak apa sebab saya anggap mereka tidak tahu mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Mereka itu (netizen) memang tak tahu.

Dalam Islam, pena diangkat ada tiga jenis orang iaitu orang tak tahu menjadi tahu, orang yang lupa sampai dia ingat dan orang yang tidur sampai terjaga. Dalam kata lain, netizen tak tahu apa yang berlaku dan tidak mengapalah.

ustaz Don

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...