Perkongsian pakar perubatan terkenal, Dr. Imelda Balchin di Facebook miliknya baru-baru ini telah mengundang pelbagai respon dan pendapat daripada warga maya.
Hantaran asal Imelda yang menyentuh mengenai ‘kredit’ patut diberikan kepada ibu yang mudah melahirkan anak dan bukannya kepada produk-produk yang ‘overclaim’ telah mengundang komen daripada seorang individu ini.
Kata individu tersebut, isterinya mudah bersalin kerana dia telah memaafkan dan mengampunkan semua dosa dan kesalahan pasangannya itu sebelum saat melahirkan zuriat mereka.
Dr. Imelda yang memang terkenal dengan ketegasannya melawan produk-produk ‘overclaim’ serta pantang larang mengarut ketika ibu sedang hamil kemudiannya memberi respon terhadap kenyataan individu itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang terdiri daripada golongan wanita merasakan kebanyakan lelaki bergelar suami ini ‘terpaling suci’ dan mempunyai pemikiran yang kuno.
Jantan terpaling syurga ni macam ni. Cepat jatuh hukum kata isteri tu berdosa, isteri ni berdosa. Semestinya jantan yang nak isteri layan dia macam raja tapi dia layan isteri macam kuli.
Yang memudahkan tu kerja tuhan. Bukan kerja suami. Kita boleh usaha dan doa je. Suami isteri sama-sama doalah bagi mudah bersalin baru betul. Pelik-peliklah kepercayaan.
Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.