Satu luahan perasaan daripada seorang lelaki yang kurang senang dengan sikap teman wanitanya telah mengundang pelbagai respon daripada warga maya.
Kata lelaki itu, teman wanitanya seolah-olah tidak menunjukkan usaha untuk menyimpan wang bagi tujuan bernikah.
Dia dan kekasih khabarnya akan berkahwin pada awal tahun hadapan namun teman wanitanya masih mempunyai simpanan di bawah RM1,000.
Tak semua org ada kesedaran atau ada kesempatan utk menyimpan di usia muda. Lagi2 waktu zmn belajar.
Situasi kewangan setiap org tak sama. Ada yg waktu belajar, seharian pon belum tentu ada duit utk mkn, apatah lagi menyimpan.
Dia pon baru kerja kan? Bagi la dia masa. pic.twitter.com/e9knk1aWwi
— TwtWedding (@twtmalaywedding) January 23, 2023
Saya dah menyimpan wang melebihi RM20,000 dan pasangan saya berumur 23 tahun, baru mula kerja dalam empat bulan. Dia belum mula menyimpan dan duit nak kahwin baru ada bawah RM1,000 saja.
Berikutan itu, lelaki berkenaan kini berada dalam keadaan dilema sama ada untuk membatalkan atau meneruskan rancangan berumah tangga dengan pasangannya itu.
Dekat sini saya tak berapa nak nampak effort dari pasangan saya. Saya dah nasihat dia supaya kurangkan perbelanjaan yang kehendak dan beli yang perlu sahaja. Tapi masih tak dapat buat savings banyak.
Malah, dia turut membandingkan keadaannya dulu ketika belajar dan sudah mampu menyimpan wang dengan banyak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan lelaki itu yang dianggap ‘terpaling menyimpan’ dan tidak mempunyai rasa empati.
Kau kena sedar setiap orang tak sama jalan hidup dia. Kau 23 dan start saving tu bagus, tapi ada orang umur 23 belum mampu. Jangan ingat semua orang sama.
Kalau macam ni punya berkira dan terpaling betul dan terpaling struggle, tak payah kahwin bang. Kau lelaki kot, kenapa berkira sangat kalau dia belum cukup duit nak kahwin.
Kata netizen lagi, lelaki itu sepatutnya memberi masa kepada pasangannya untuk menyimpan wang kerana kekasihnya itu baru sahaja mula bekerja di samping umur mereka yang masih muda.