Sebelum ini, penyanyi, Aina Abdul tampil dengan imej berturban tinggi ketika menghadiri minggu kedua program realiti Big Stage musim kelima sebagai juri tetap.
Bagaimanapun, penampilan Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani dikecam apabila fesyennya dikatakan agak mengganggu pandangan penonton yang duduk di bahagian belakang.
Bila saya cuba turban tu, saya percaya bukan saja netizen malah penerbit program pun akan kecam sebab itu kami potong sikit.
Menerusi laman Twitter, seorang penerbit berasal dari Indonesia juga seakan-akan mengeluh kerana pakaian penyanyi berusia 29 tahun itu.
Producer dari team station tv Indonesia 'hmmm' kan Aina Abdul.. Menghalang pandangan kot ?#BigStage2023 pic.twitter.com/4Z1qhya3t4
— Mari Kita Mulakan (@LuvSeeT) May 14, 2023
Susulan itu, rata-rata netizen telah meminta Aina untuk menghormati orang lain dengan memilih pakaian yang bersesuaian dengan majlis.
Bukan itu sahaja, ramai yang mula mengkritik fesyen yang sering digayakan oleh penyanyi lagu Semalam itu kerana agak keterlaluan.
Malah, netizen turut memberi pendapat agar Aina tampil dengan imej bersederhana yang tidak menyusahkan orang lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.