Semenjak mendirikan rumah tangga, pendakwah bebas Da’i Syed dan isteri, Hana Ismail sememangnya menjadi tumpuan netizen gara-gara kerap berkongsi video mesra mereka sebagai suami isteri.
Menjengah ke laman media sosial pasangan ini, memang banyak video bahagia Da’i Syed dan Hana, sampai ‘bersemut’ skrin telefon bimbit netizen yang melihatnya!
View this post on Instagram
Namun begitu, ada juga yang tidak senang hati melihat kebahagiaan yang ditonjolkan mereka berdua kerana didakwa terlalu mesra dan menunjuk-nunjuk pula.
Terdahulu, Da’i Syed mengaku dia memang gemar mengusik isteri tersayang dan menganggap ia sebagai satu hobi.
View this post on Instagram
Kata netizen, mereka berasa menyampah dan rasa nak ‘muntah’ selain meminta Syed agar mengurangkan menayang isteri di media sosial.
“Setiap masa nak tunjuk berkepit pun tak boleh juga” – ujar netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.