“Terpaling Berangan Tapi Rupanya…” – Irma Hasmie ‘Bersanding’ Atas Pelamin Jadi Tumpuan Peminat

Hiburan

“Terpaling Berangan Tapi Rupanya…” – Irma Hasmie ‘Bersanding’ Atas Pelamin Jadi Tumpuan Peminat

Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie menarik perhatian ramai selepas memuat naik sebuah video promosi dewan perkahwinan di laman media sosial miliknya baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Irma dilihat seolah-olah sedang melakonkan watak sebagai pengantin perempuan, walaupun hanya mengenakan jubah berwarna gelap.

Advertisement

Gaya lakonannya yang spontan dan ekspresi wajah yang penuh emosi berjaya mencuit hati netizen yang menontonnya.

Terpaling berangan, dah gigih rupa-rupanya majlis orang lain. Okey lah, saya nak pergi bertenang dulu. Lama tak berlakon kannn.. Kira ok jadi tak?

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan aksi tersebut malah ada yang secara berseloroh menyangka Irma benar-benar bakal berkahwin lagi.

MasyaAllah suka tengok wajah Irma cantik dan tenang, semoga berjodoh sekali lagi dalam masa terdekat Insha-Allah.

Tak apa Irma berangan tu free Insha-Allah… Allah akan pertemukan dengan jodoh yang soleh.. Aamiin.

Sebagai info, Irma Hasmie pernah mendirikan rumah tangga dengan Redza Syah pada tahun 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata.

Namun pada tahun 2023, perkahwinan mereka dilaporkan telah berakhir, seperti disahkan oleh rakan rapat Irma menerusi satu hantaran Instagram Stories.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

maia estianty panjat pagar
49 mins ago

Perkahwinan Al Ghazali Jadi Tumpuan, Video Lama Maia Panjat Pagar Rumah Ahmad Dhani Kembali Viral

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...