Umum mengetahui, cuti persekolahan kini telah tiba dan ramai kanak-kanak bersekolah yang mengambil kesempatan ini untuk mengajak keluarga untuk pergi bercuti.
Namun, ada juga kanak-kanak yang memilih untuk hanya berehat di rumah dan meluangkan masa bersama rakan-rakan perumahan.
Seperti yang tular di aplikasi TikTok, seorang pengguna telah merakamkan detik romantis dua orang kanak-kanak yang dipercayai sepasang kekasih.
Menerusi video tersebut, kanak-kanak itu dilihat saling memegang pipi antara satu sama lain dan membalas ‘flying kiss’ sebelum pulang ke rumah.
Perkara itu dikongsikan oleh pengguna tersebut yang sempat mengambil video mereka tanpa diketahui di belakang rumahnya.
Cuti sekolah ramai pulak berdrama belakang rumah ni.
Meninjau di ruangan balas, ramai pengguna media sosial yang terhibur melihat aksi kedua kanak-kanak itu yang baru mahu mengenal erti cinta.
Bukan itu sahaja, mereka turut mengimbau kenangan zaman mereka masih di alam persekolahan dan membandingkan dengan kanak-kanak zaman sekarang yang sudah pandai bercinta diusia yang muda.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.