“Terpaling Ada Laki, Meluat Tengok” – Mesra Sungguh Syafiq Kyle Dan Mimi Lana, Peminat Naik ‘Cemburu’

Hiburan

“Terpaling Ada Laki, Meluat Tengok” – Mesra Sungguh Syafiq Kyle Dan Mimi Lana, Peminat Naik ‘Cemburu’

Perkongsian pelakon, Mimi Lana mencetuskan rasa ‘cemburu’ peminat selepas dia berkongsi momen mesra bersama suaminya, pelakon Syafiq Kyle, menerusi video yang dimuatnaik baru-baru ini.

Mimi Lana atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin melalui video yang dikongsikan di TikTok, turut memaparkan aksi mesra Syafiq Kyle yang mencium pipinya serta mendukungnya ketika berada di kediaman mereka, sebelum Mimi berangkat ke luar negara untuk menghadiri acara jenama mewah.

Advertisement

“Ciaooooo Malaysia! 💋🥹,” tulis Mimi di kapsyen video tersebut.

Perkongsian Mimi Lana di media sosial itu mendapat pelbagai komen daripada peminat yang rata-ratanya berseloroh mengusik pasangan suami isteri ini, selain ramai yang menitipkan doa agar mereka dikurniakan cahaya mata kelak.

Namun ada juga yang merasa kedua-duanya agak ‘over’ dalam menunjukkan kemesraan meskipun sudah bergelar suami isteri.

Sekadar informasi, Mimi Lana dan Syafiq Kyle mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2025 di sebuah ruang acara di Taiping, Perak.

Terdahulu, pasangan ini pernah membatalkan majlis pernikahan mereka seminggu sebelum dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos 2023.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-09-03 11:21:16

"Saya Tidak Tahu" - Bung Mokhar Dakwa Tidak Maklum RM2.8 Juta Masuk Akaun Zizie Izette

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...