“Terpaling Acah, Terpaling Trader” – Bukan Sendiri Punya, Geng ‘Sifu’ Forex Kantoi Sewa Jet Peribadi Untuk ‘Shoot’ Konten

Gaya Hidup

“Terpaling Acah, Terpaling Trader” – Bukan Sendiri Punya, Geng ‘Sifu’ Forex Kantoi Sewa Jet Peribadi Untuk ‘Shoot’ Konten

Bila nampak berjaya, baru dapat tarik orang dan recruit orang atau boleh promote kelas trading kepada pengguna media sosial lain terutamanya anak muda, tak gitu?

Geng ‘sifu’ trading seperti Forex ini akan menggunakan cara yang sama iaitu menayang kereta mewah, duit tunai berkepuk-kepuk, percutian ke luar negara atau kenderaan mewah seperti jet peribadi.

Advertisement

Aliff Awang
1 year ago

"Ni Bukan Duit Forex, Ni Buncit Makan Komisen Broker!" - Individu Dakwa Suami Fatin Afeefa 'Kaki Tipu'?

Tapi, baru-baru ini video dimuat naik oleh geng Forex trader membuatkan ramai netizen geli hati dan menyindir mereka semua.

Mana tidaknya, mereka ini berkongsi set up jet mewah yang sama untuk membuat konten mempromosikan kelas Forex masing-masing.

Menerusi video tersebut, beberapa kereta mewah seperti Aston Martin, Nissan GT-R, Range Rover dan Lamborghini dilihat parkir berhampiran jet tersebut.

Apa yang lebih membuat netizen terhibur apabila mereka menaiki limosin yang sedang menunggu di parkir sebuah pusat komersial yang sudah tidak ramai kunjungi.

Sewa kapal terbang sama sama lepas tu ramai ramai shoot, dah lah kapal terbang tu tak terbang pun. Lagi satu, siapa pergi mall Space U8 tu buat apa? Dalam tu ada Mr DIY je ??.”

Selain itu, ramai turut persoal mengapa geng traders gemar membawa wang tunai yang banyak walhal zaman dikelilingi teknologi sekarang semuanya dilakukan secara online.

komen1 komen2 komen3 komen4

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...