Bila nampak berjaya, baru dapat tarik orang dan recruit orang atau boleh promote kelas trading kepada pengguna media sosial lain terutamanya anak muda, tak gitu?
Geng ‘sifu’ trading seperti Forex ini akan menggunakan cara yang sama iaitu menayang kereta mewah, duit tunai berkepuk-kepuk, percutian ke luar negara atau kenderaan mewah seperti jet peribadi.
Tapi, baru-baru ini video dimuat naik oleh geng Forex trader membuatkan ramai netizen geli hati dan menyindir mereka semua.
Mana tidaknya, mereka ini berkongsi set up jet mewah yang sama untuk membuat konten mempromosikan kelas Forex masing-masing.
Menerusi video tersebut, beberapa kereta mewah seperti Aston Martin, Nissan GT-R, Range Rover dan Lamborghini dilihat parkir berhampiran jet tersebut.
Apa yang lebih membuat netizen terhibur apabila mereka menaiki limosin yang sedang menunggu di parkir sebuah pusat komersial yang sudah tidak ramai kunjungi.
Sewa kapal terbang sama sama lepas tu ramai ramai shoot, dah lah kapal terbang tu tak terbang pun. Lagi satu, siapa pergi mall Space U8 tu buat apa? Dalam tu ada Mr DIY je ??.”
Selain itu, ramai turut persoal mengapa geng traders gemar membawa wang tunai yang banyak walhal zaman dikelilingi teknologi sekarang semuanya dilakukan secara online.