Pastinya ramai yang telah merancang percutian dalam negara setelah industri pelancongan telah dibenarkan beroperasi. Rata-rata ramai yang menyambut baik saranan itu dan mula menempah percutian di hotel-hotel dalam negara untuk bercuti dan membantu ekonomi negara.
Tetapi pengalaman malang yang dialami wanita ini membuatkan dia serik untuk kembali menginap di salah satu hotel viral di Cameron Highlands ini. Menurutnya, dia telah membuat tempahan awal dan tiba di hotel pada jam 10 malam. Tetapi setibanya di sana, mereka diberitahu bilik masih belum siap dikemas.
“Seumur hidup. Tak pernah lagi check in hotel kena tukar cadar sendiri. Tukar sarung bantal sendiri. Kemas bilik. Buang sampah orang duduk sebelum ni.”
NOVA HOTEL CANCEL
Seumur hidup. Tak pernah lagi check in hotel kena tukar cadar sendiri. Tukar sarung bantal sendiri. Kemas bilik. Buang sampah orang duduk sebelum ni.
Kami sampai kul 10malam tadi. Hotel bagi alasan bilik belum kemas. Suruh pegi bilik dulu. Tunggu. pic.twitter.com/Iztgy5pFcq
— aira (@zmzhrhrf) July 3, 2020
Mereka terpaksa menunggu sehingga jam 11.30 malam tetapi bilik masih lagi belum dikemas. Walaupun telah berkali-kali membuat aduan di lobi hotel, rupa-rupanya ada lagi tetamu lain yang mengalami masalah yang sama. Mereka juga sama-sama menunggu bilik siap dikemas walaupun telah menunggu lama.
Tunggu sampai 11.30malam. Bilik masih belum kemas. Pergi lobi buat aduan. Berderet customer lain kena masalah sama.
Tak apa la kami kemas sendiri. Semalam RM480 . Ambil dua hari. Tak apa la. Esok check out. Balik je. Hotel paling horror penah check in. pic.twitter.com/m93heZfv6s
— aira (@zmzhrhrf) July 3, 2020
Apa yang lebih memburukkan, wang yang sudah dibayar tidak boleh dipulangkan semula kerana ianya tiada dalam polisi syarikat. Disebabkan tiada pilihan lain, mereka terpaksa mengemas sendiri bilik tersebut dan membuang sampah yang ditinggalkan oleh tetamu sebelum ini.
Dah Mcm Kem Bina semangat pulak semua Kene Tukar cadar sendiri
— in.finar (@isi1412) July 4, 2020
Nak check in jumaat lepas,3 jam siot nak tunggu check in je,sampai sempat jawab test dekat reception :) pic.twitter.com/XjnG3sibO0
— izzamoshi (@izzashafie) July 5, 2020
Series kalau pegi Cameron jangn lah duduk dekat Nova Hotel tu,ni lah barisan yg aku kene berbaris untuk check in??kesian tengok ade yg bawak anak kecil berbaris panjang2 kat situ,dengan bilik tak siap nye,aku yg mude ni pon lenguh2 pinggang berbaris,bayangkan yg makcik pakcik. pic.twitter.com/mwMqouwBRq
— izzamoshi (@izzashafie) July 5, 2020
Gila lah. Hotel ni tak ada housekeeper ke?
Kebiasaan hotel check out pukul 11pagi / 12 tghri , next checkin pukul 2 ada banyak gila masa untuk housekeeper utk kemas bilik. Ini pukul 10 malam bilik x kemas. ??— MAL (@malz_apiz) July 4, 2020
Melihatkan di ruangan komen, ramai juga yang pernah mengalami masalah yang sama sebelum ini. Apa yang lebih membimbangkan ialah sepatutnya setiap bilik dibersihkan dan melalui proses sanitasi sebagai salah satu SOP yang diarahkan sebelum ini. Ini semua adalah perlu untuk membendung penularan wabak COVID-19 kepada tetamu yang menginap di hotel.