Baru-baru ini, Datuk Awie yang juga merupakan penerbit filem Sue-On mendedahkan dirinya terpaksa gugurkan seorang influencer dari filem itu kerana meminta bayaran tidak masuk akal.
Katanya, watak yang sepatut diberikan kepada influencer tersebut adalah watak yang dilakonkan oleh Erra Fazira di dalam filem terbabit dan bayaran untuk primadona itu juga jauh lebih murah daripada pempengaruh berkenaan.
Mungkin zaman sekarang, zaman influencer popular dalam media sosial belum tentu pun boleh tarik perhatian. Saya hanya tengok gambar sahaja influencer itu.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Awie juga tidak menyangka Erra akan bersetuju untuk menggantikan watak yang sepatutnya influencer itu bawa kerana kebetulan pelakon wanita itu mempunyai masa lapang.
Tambahan lagi, penerbit Sue-On itu turut memuji sikap profesional Erra sebagai seorang pelakon berpengalaman.
Sekadar info, Sue-On merupakan filem pertama yang diterbitkan oleh Awie di bawah syarikat Rumah Produksi Merah yang kini boleh ditonton di pawagam.