Terpaksa Terima Hakikat Perit, Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Di Masjid India Lakukan Ritual Sebelum Pulang Ke India

Berita

Terpaksa Terima Hakikat Perit, Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Di Masjid India Lakukan Ritual Sebelum Pulang Ke India

Sedia maklum, wanita warga India yang terjatuh di dalam tanah jerlus sedalam 8 meter di Jalan Masjid India, 23 Ogos lalu masih belum dijumpai.

Susulan sudah beberapa hari tidak dijumpai, keluarga mangsa yang hilang itu terpaksa menerima hakikat perit bahawa wanita terbabit tidak dapat diselamatkan.

Advertisement

sinkhole masjid india

Difahamkan, sebelum berangkat pulang ke India, suami, anak lelaki dan adik perempuan mangsa dilihat berada di lokasi kejadian untuk kali terakhir bagi melakukan upacara keagamaan.

Mereka telah menyalakan lampu minyak dan membunyikan loceng sebagai ritual Hindu, malah mereka turut dilihat mengambil segumpal tanah dan memasukkannya ke dalam plastik, mungkin untuk dibawa pulang ke India.

mangsa sinkhole masjid india

Untuk info ramai, keluarga mangsa yang bernama Vijaya Laksmi Goli, 48 itu berangkat pulang ke negara mereka pada jam 5 petang tadi.

dr goh thian lai batu kapur
4 months ago

"Batu Kapur Antara Batu Yang Paling.." - Tiada Risiko Menetap Di KL, Dr. Goh Pakar Geobencana Ulas Isu 'Sinkhole'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...