Sudahlah masih dalam kesedihan kerana kehilangan orang tersayang namun terpaksa membuat live stream pula.
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun baru-baru ini mendapat perhatian media dan netizen di Thailand.
Chanadej Khiewsen merupakan pemuzik jalanan yang berpengalaman dan sudah menyanyi sambil bermain gitar sejak usianya 5 tahun lagi.
Menurut The Nation, Chanadej terpaksa menggunakan pengalaman itu dan membuat live di Facebook baru-baru ini demi mengumpul dana bagi menguruskan jenazah bapanya.
Difahamkan, bapa Chanadej meninggal dunia baru-baru ini dan dia tidak mempunyai duit yang mencukupi. Disebabkan itu, dia berbuat sedemikian bagi mendapatkan sumbangan.
Suatu ketika dulu, dia bermain muzik dan menyanyi di Chatuchak Weekend Market dan Siam Square bagi menanggung perbelanjaan sekolah.
Namun, sejak beberapa bulan lepas dia terpaksa menyanyi secara online kerana bapanya disahkan menghidap kanser.
Ketika itu, dia jugalah yang menanggung bil hospital namun pada 15 Februari lepas, bapanya meninggal dunia.
Ketika sesi live itu, Chanadej tidak dapat menahan air mata ketika memaklumkan kepada viewers tujuan sebenar dia menyanyi pada hari tersebut.
Saya melakukan kini (menyanyi) demi bapa buat kali terakhir. Saya menyanyi konsert live ini untuk bapa. Hari ini saya merayu untuk pengebumian bapa.”
Live stream itu menjadi viral dan disebabkan ramai menghulurkan sumbangan, Chanadej dapat membuat majlis pengebumian buat bapanya menggunakan duit tersebut.
Dia turut berterima kasih kepada semua yang bersimpati, bertanyakan dan prihatin tentang keadaannya. Katanya, dia masih sedang bersedih dan memerlukan masa untuk menerima kenyataan ini.
Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.