Terpaksa Rakam Lagu Di Rumah, Misha Omar Alami Pelbagai ‘Gangguan’

Hiburan

Terpaksa Rakam Lagu Di Rumah, Misha Omar Alami Pelbagai ‘Gangguan’

Penyanyi Misha Omar mengakui dia menerima pelbagai ‘gangguan’ ketika melakukan rakaman nyanyian di rumah.

Misha Omar
3 years ago

Mencari Khadeja, Misha Omar Mulakan Rawatan Kesuburan, Berharap Dapat 'Baby Girl'

Advertisement

Namun, gangguan yang dimaksudkan bukanlah dari segi makhluk halus tetapi lokasi rumahnya yang berdekatan dengan jalan raya menyebabkan dia terpaksa melakukan beberapa kali rakaman.

View this post on Instagram

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Misha atau nama sebenarnya Samihah@Aisah Omar berkata, antara gangguan yang diterimanya adalah bunyi kenderaan dan suara jiran-jiran sekeliling.

Sebenarnya cabarannya besar sekali sebab selalunya kita cuma bawa instrument kita iaitu suara untuk rakam. Tapi sekarang kita susun sendiri semuanya. Bayangkan rumah tepi jalan, banyak gangguan dari bunyi kenderaan di luar. Tengah rakam lagu, masuk bunyi lain juga. Terpaksa rakam lagi sekali. Kadang-kadang dah nak siap rakaman lagu itu tapi terdengar, jiran bawah rumah bergaduh pula. Itulah cabarannya.

Perkembangan lain, Misha kini turut serta dalam program amal CovAid #BaikSemula bersama rakan-rakan selebriti lain seperti Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Naim Daniel dan ramai lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Dalam program tersebut, dia dan rakan selebriti lain telah menyahut cabaran dalam mengumpul dana bagi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...