Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Terpaksa Muat Naik Hantaran Lain Selain Isu Palestin, Izara Aishah Mohon Maaf

Izara Aishah

Pelakon dan model, Izara Aishah meluahkan rasa kurang senang dan bersalah apabila terpaksa memuat naik hantaran selain daripada isu serta krisis Palestin di media sosial miliknya.

Perkara tersebut diluahkan Izara menerusi untaian twit di laman Twitternya di mana dia turut memohon maaf terutama pada pengikut media sosialnya.

Advertisement
Izara AishahSumber : Twitter Izara Aishah  

Ujar Izara, dia memuat naik hantaran tidak berkaitan dengan isu Palestin kerana tuntutan kerja yang sudah lama dipersetujui.

“Saya berasa sangat pelik berkongsi foto dan video yang tidak mempunyai kaitan dengan perkara yang terjadi di Palestin. Tetapi saya perlu melakukannya keranan komitmen yang telah lama dipersetujui. Saya minta maaf.”

Tambah ibu kepada Irisa Alaia ini lagi, dia juga merasakan bahawa usaha-usaha untuk menyebarkan keadaan yang terjadi di sana masih belum mencukupi dengan sekadar doa dan menderma.

“Saya rasa sangat tidak berdaya. Doa, menderma dan menyebarkan perihal kesedaran (isu di Palestin) di media sosial sepertinya tidak mencukup bagi saya.” tulisnya lagi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top