Terpaksa Menumpang Orang, Fasha Sandha Kongi Pengalaman Hadapi Gangguan Bekalan Air

Hiburan

Terpaksa Menumpang Orang, Fasha Sandha Kongi Pengalaman Hadapi Gangguan Bekalan Air

Gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur yang masih belum pulih sehingga ke hari ini nampaknya turut menjejaskan pelakon yang baru sahaja melahirkan cahaya mata baru, aktres Fasha Sandha.

Fasha dan keluarganya  juga tidak terkecuali daripada menghadapi gangguan bekalan air tersebut sejak beberapa hari lalu. Malah, menurut Fasha, dia terpaksa membawa anak-anaknya ke bilik hotel milik rakannya yang juga pengusaha kosmetik, Rita Sosilawati.

Advertisement

Dia dilihat telah berkongsi mengenai pengalaman tersebut menerusi laman Instagram peribadi miliknya dan turut memuat naik beberapa keping foto sepanjang berada di sana.

Walau bagaimanapun, Fasha tetapi bersyukur dan beranggapan setiap dugaan itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

“Alhamdullilah, dugaan kecil yang membawa hikmah. Terima kasih keluargaku,”

Fasha sebelum ini telah bernikah dengan pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 yang lalu dan hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Aisha Amaira yang baru saja berusia hampir sebulan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...