Kerana menjadi kontak rapat kepada salah seorang pesakit COVID-19, penyanyi Usop dilaporkan terpaksa menjalani kuarantin kendiri selama tempoh seminggu.
Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor,23, memberitahu bahawa dia turut dipakaikan gelang ‘pink’ dan dikehendaki mengasingkan diri untuk tujuan pemantauan sehinggalah disahkan bebas daripada jangkitan wabak itu.
View this post on Instagram
Meskipun keputusan ujian hanya dapat diketahui pada 2 Jun ini, Usop walau bagaimanapun telah diarahkan untuk kuarantin dan dia juga memaklumkan tidak mengalami sebarang simptom buat masa kini.
Mengakui dirinya berasa sedikit risau dengan keputusan itu nanti, namun dia tetap patuh dalam menyelesaikan kuarantin agar tidak menyusahkan orang lain serta masyarakat sekeliling.
View this post on Instagram
Usop turut memuat naik beberapa foto memaparkan dia menjalani ujian calitan serta memakai gelang berwarna merah jambu di ruangan Instagram Storynya.
Ujarnya lagi, perkembangan kerjayanya juga agak terjejas kerana persembahan nyanyian tidak dapat diadakan serta perniagaan makanan yang diusahkan bersama ibu di Kedah juga terpaksa dihentikan kerana peningkatan kes yang mendadak.
“Kerjaya memang terjejas teruk. Nak menyanyi pun tak boleh. Perniagaan saya bersama mak di Kedah pun terpaksa dihentikan kerana peningkatan kes. Lagi pula sekarang kena kuarantin, berkurung dalam bilik seorang diri bertambahlah tekanan..rasa macam nak botakkan rambut saja!”
Dia dalam pada itu turut menzahirkan harapan agar situasi COVID-19 di negara segera pulih agar dapat kembali ke keadaan normal seperti dulu. Usop juga berkata dia kini menunggu untuk program vaksinasi dan berharap ianya dapat dipercepatkan.