Terpaksa ‘Jual’ Anak Baru Lahir, Tak Mampu Bayar Bil Hospital Cecah RM4,000

Kehidupan

Terpaksa ‘Jual’ Anak Baru Lahir, Tak Mampu Bayar Bil Hospital Cecah RM4,000

Sepasang suami isteri di Temerloh dilaporkan telah nekad menjual bayi yang baru dilahirkan kepada individu yang berminat hanya kerana tidak mampu membayar bil hospital sebanyak RM4,000.

Pasangan tersebut yang berasal dari Lombok, Indonesia itu memaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi kerana tidak mempunyai kerja.

Advertisement
Jual BayiSumber : Kosmo Online 

Lebih membebankan apabila rumah sewa mereka pula ditenggelami banjir akibat bencana alam itu pada tahun lalu.

Buntu dengan keadaan itu, pasangan berusia awal 20-an itu kemudian bertindak ‘menjual’ anak mereka itu kepada suami isteri yang tidak mempunyai anak setelah 9 tahun mendirikan rumah tangga dan kemudiannya menghilangkan diri.

Keadaan menjadi rumit apabila bayi tersebut tidak dapat didaftarkan sebagai anak angkat kerana memerlukan kehadiran ibu kandung bagi urusan dokumentasi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Kisah itu yang dikongsikan semula ibu angkat bayi itu, Hasnah,33, yang ditemui Kosmo Online, baru-baru ini.

Jual bayiSumber : Google  

Kata Hasnah, ibu kandung bayi tersebut yang dikenali sebagai Fithiani itu ada memaklumkan mengenai pengambilan anak angkat tersebut kepadanya dan meminta untuk mengambil bayi tersebut di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah pada 30 Disember tahun lalu.

Mereka menyatakan tidak mempunyai wang untuk membayar bil sebanyak RM4,000 kerana terkesan dengan COVID-19 dan ditambah rumah mereka yang ditenggelami banjir.

Hasnah kemudian nekad untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat dan membayar bil-bil tertunggak lantas membawa bayi itu pulang bersama beberapa dokumen yang diberikan pihak hospital.

Namun begitu, tindakan Fithiani dan suami menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi itu telah membuatkan urusan pendaftaran bayi tersebut menjadi sukar dan sekaligus membuatkan masa depan si kecil itu rumit di masa hadapan.

Sehubungan itu, Hasnah dan suaminya berharap agar pasangan muda itu kembali menghubungi mereka dengan segera bagi urusan pendaftaran bayi tersebut.

Maid gaji RM3.8k
2 years ago

"Gaji Kalah Engineer.." - Wanita Ini Cari Pembantu Rumah, 'Offer' Gaji RM3,800 Sebulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...