Pelakon, Nazrief Nazmi akui berasa teruja dan berdebar untuk menimang cahaya mata pertama pada bulan Julai nanti kerana baginya ia merupakan tanggungjawab yang besar untuk dipikul.
Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri berkata segala persediaan dari segi pakaian dan barang keperluan telah pun tersedia rapi memandangkan kandungan isterinya itu telah memasuki usia lapan bulan.
View this post on Instagram
Kata Nazrief semasa isterinya mengandungkan anak pertama mereka ini, macam-macam benda isterinya mengidam seperti cempadak goreng, mangga harum manis, ikan siakap bakar dan yang paling pelik adalah isterinya mengidam beg LV.
Apabila ditanya tentang jantina bayi pertama mereka, Nazrief dan isteri mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan hal itu buat sementara waktu, namun berjanji akan berkongsi berita gembira tersebut apabila sudah tiba waktunya.