Terpaksa Berpindah Keluar Akibat Bau Busuk Dari Kambing Peliharaan Jiran

Trending

Terpaksa Berpindah Keluar Akibat Bau Busuk Dari Kambing Peliharaan Jiran

Dalam hidup berjiran kita dituntut supaya sentiasa bertoleransi dan menjaga keharmonian tempat tinggal. Tidak kiralah sama ada di kampung mahupun bandar, kita diingatkan agar menjaga adab dengan jiran tetangga.

Kita sering melihat kisah segelintir individu yang meluahkan rasa kecewa mereka dengan sikap jiran yang seolah-olah tidak mempunyai sikap tolak ansur dan hormat-menghormati.

Advertisement

4 years ago

Tuala Wanita, Perut Ikan Dan Sampah Sarap Dicampak Sewenangnya Dari Bahagian Atas Pangsapuri

Antara sebab sering berlakunya salah faham adalah kerana haiwan peliharaan mereka menyebabkan kekotoran atan masalah lain. Jika bergaduh disebabkan kucing atau anjing peliharaan adalah perkara biasa, bagaimana pula sekiranya ia berlaku kerana kambing?

Seorang pengguna Twitter, Shahril berkongsi mengenai masalah jirannya yang membiarkan beberapa kambing peliharaannya lepas bebas sehingga menceroboh masuk ke dalam kawasan pagarnya dan telah meragut tumbuhan hiasannya.

Ia bertambah buruk apabila terdapat bau busuk disebabkan haiwan berkenaan kerana kandangnya dibina di belakang rumah kawasan rumahnya.

Lebih memeranjatkan perkara ini bukanlah berlaku di kawasan kampung tetapi di kawasan taman perumahan di bandar.

“Saya sudah mendiami rumah jenis teres dua tingkat di taman perumahan itu sejak dua tahun lalu. Namun masalah kambing ini hanya bermula tiga bulan yang lalu, iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).”

Dimarahi apabila membuat aduan kepada pihak berkuasa

Menurut Shahril, dia telah dimarahi oleh jirannya itu melalui grup WhatsApp apabila membuat aduan kepada majlis perbandaran di kawasannya.
Pihak majlis perbandaran telah datang memeriksa laporannya itu dan memberi notis kepada jiran itu pada minggu lalu. Namun, sehingga kini kambing-kambing tersebut masih ada berkeliaran.
 
“Lebih teruk, dia siap bersuara dalam group WhatsApp taman perumahan dan bertanya siapa yang buat aduan. Dia bengang sebab terus buat aduan tanpa bincang dengannya terlebih dahulu,”
Menurut Shahril sekiranya tiada perubahan sehingga minggu hadapan, dia akan mengambil tindakan susulan terhadap jirannya itu.
Dua rakannya yang turut menyewa bersama telahpun mengambil keputusan berpindah keluar kerana tidak tahan setiap hari terpaksa berdepan dengan bau busuk.
 
“Saya sebagai pemilik rumah terpaksa akur. Sekarang tinggal dua orang termasuk saya. Nak cari penyewa baru pun susah sikit selagi masalah bau busuk ini tak selesai.”
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...