Terpaksa Beratur Seawal 3 Pagi, Rebut Nombor Giliran Perbaharui Pasport

Trending

Terpaksa Beratur Seawal 3 Pagi, Rebut Nombor Giliran Perbaharui Pasport

Masalah kekurangan bekalan pasport masih berlarutan, apabila orang ramai dilihat terus membanjiri Jabatan Imigresen untuk memperbaharui dokumen perjalanan masing-masing sejak lebih seminggu lalu.

Advertisement

China Press turut melaporkan Bahagian Pasport di Jabatan Imigresen Jalan Duta sesak semalam, apabila lebih 500 orang hadir untuk merebut 300 nombor giliran yang diedarkan setiap hari.

Ada di kalangan mereka mendakwa tiba seawal jam 3 pagi dan sekadar mendapat nombor giliran ke-50 lebih.

Keadaan sama juga berlaku di Jabatan Imigresen UTC Pudu yang dibanjiri orang ramai kerana peruntukan 100 nombor giliran habis diedarkan dalam tempoh sejam selepas ia memulakan operasi.

Selain Kuala Lumpur, negeri lain seperti Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sarawak turut berdepan masalah sama, di mana kuota nombor giliran habis diedarkan dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Di Sarawak, kaunter memohon dan memperbaharui pasport di Jabatan Imigresen Kuching hanya beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 pagi semalam dan alasan yang diberikan ialah petugas di kaunter menyertai kursus, manakala kaunter di Jabatan Imigresen Miri pula ditutup kira-kira jam 11 pagi.

Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak, Ken Leben yang dipetik China Press mengesahkan Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu berdepan masalah kekurangan bekalan pasport dan ia tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Johor, Pahang, Terengganu dan Melaka tidak berdepan sebarang masalah mahupun kebanjiran pemohon.

Dalam pada itu, Exco Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad turut mengadu gagal memperbaharui pasportnya sejak seminggu lalu, selepas tiga kali berkunjung ke UTC Keramat, manakala UTC Sentul dan UTC Pudu masing-masing sekali sejak 27 Julai lalu hingga semalam, namun masih gagal mendapat nombor giliran kerana sudah habis diedarkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...