Ahad lalu semua umat Islam di Malaysia merayakan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana sederhana namun masih meriah berikutan masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Oleh kerana tidak dapat pulang ke kampung, kebanyakan kita menghabiskan masa di rumah bersama keluarga terdekat sahaja.
Namun, ada juga yang perlu bekerja pada hari raya pertama ini terutamanya mereka yang berkhidmat untuk masyarakat. Sikap seorang pemuda yang bermurah hati memberikan duit raya kepada seorang mak cik RELA ini, menyentuh hati ramai pihak.
“Pagi semalam singgah Maybank cucuk duit raya sikit. Bila masuk kereta, terpandang mak cik RELA. Hari raya pun mak cik bekerja.”
Raya pertama pun makcik keja
pagi semalam singgah maybank cucuk duit raya sikit. bila masuk keta. terpandang makcik rela. hari raya pun makcik bekerja.
terdetik nak bagi duit raya kat makcik. Mungkin dah tertulis itu rezeki makcik. Saya cuma bayangkan kalau itu mak saya.? pic.twitter.com/zSzztJCHEL
— chong_ed (@manusiaskinny) May 25, 2020
Di dalam perkongsian itu, lelaki tersebut memberitahu semasa sedang mengeluarkan duit dari bank dia ternampak mak cik RELA yang bekerja di hadapan bank. Dia kemudian memasukkan duit di dalam sampul duit raya dan memberikannya kepada mak cik tersebut.
nak tau tak nape saya dgn makcik gelak?
saya tanye “ raya pun keja ke makcik “
makcik jawab “ diorang suruh jaga bagunan takut hilang “
kami gelak sama2??.
— chong_ed (@manusiaskinny) May 27, 2020
Perkongsian ini turut menarik perhatian anak kepada mak cik tersebut yang mengucapkan terima kasih di atas pemberian duit raya itu. Dia memberitahu dia sendiri berasa cukup terharu melihat sikap prihatin yang ditunjukkan lelaki tersebut yang sudi berkongsi rezeki.
Respect dkat org kaya yg tak kedekut and suka kongsi rezeki also tak arrogant ?salute bro…moga murah rezki n makin kaya dan jgn lupa sedekah
— NazmeeZ (@nazmee_z) May 27, 2020
Terima kasih kerana menggembirakan insan lain dan menghadirkan senyuman disaat mencari rezeki. Mak ayah saya pun sentiasa ingatkan, dalam rezeki kita sentiasa ada rezeki untuk insan lain. Memberi bukan kerana kaya tapi kerana kita kenal erti kesusahan.
— ?WFiDz4? #TeamRayaPerantauan #NewNorms ? (@W_FiDz4) May 27, 2020
Saya suka orang share video buat baik macam ni. Saya rasa jealous. Nanti lama2 ramai orang ter inspired ikut buat baik juga. Well done bro ?
— twen•tea | ????? ????? (@shrfhFatihah) May 27, 2020
??????? Dalam rezeki kita, ada rezeki utk org lain jugak… 100‰ belum tentu duit kita lagi, alhamdulillah… MOGA murah rezeki… Amennnnnn ??
— Khadeeja’s SON (@KhadeejaEncik) May 27, 2020
Sementara itu, lelaki ini turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berkongsi rezeki dengan mereka yang lain. Rata-rata netizen turut mengucapkan terima kasih kerana menunjukkan sikap yang baik yang patut dicontohi oleh orang ramai.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.