Pelakon dan juga pengacara, Uyaina Arshad terpaksa membatalkan majlis malam berinai selepas pelamin yang sepatutnya digunakan tidak dapat dipasang selepas dihanyutkan banjir.
Suaminya iaitu penyanyi Raja Syahiran berkata, stor menyimpan pelamin milik perancang perkahwinan yang terletak di Puchong, Selangor dimasuki arus banjir sekali gus menghanyutkan peralatan pelamin yang disimpan di situ.
Menurut Syahiran, sehari sebelum majlis, mereka terpaksa mencari perancang perkahwinan lain dan semuanya memang dirancang pada saat akhir.
Namun majlis terpaksa dibatalkan selepas pelamin bertemakan ‘Arabian Night’ yang dirancang tidak dapat dibuat kerana dihanyutkan banjir pada Ahad lalu.
Penyanyi berusia 28 tahun itu menjelaskan selain pelamin malam berinai, pelamin majlis akad nikah dan resepsi juga musnah disebabkan banjir.
Walaupun majlis malam berinai dan resepsi tidak dapat dilakukan, apa yang paling penting adalah majlis akad nikah. Itu yang lebih penting berbanding majlis lain.
Bagaimanapun, Syahiran dan Uyaina tetap meluahkan rasa syukur dan lega kerana akhirnya mereka disatukan sebagai suami isteri.
Baca: (TAHNIAH) Uyaina Arshad Dan Raja Syahiran Selamat Bergelar Suami Isteri
Anonymous
December 23, 2021 at 9:45 am
gemuknya tangan. kalau nak buat video macam tu jari tu kenalah runcing baru cantik nak tengok tu. ni jari pun gemuk dan tangan tu pendek tak payahlah nak buat video style macam tu
Anonymous
December 23, 2021 at 9:57 am
jari dia kot, biarlah, nk tgu jari runcing baru nk buat mmg impian la, lagipun xde susahkan org lain pon, so biar jela dia nk buat apa pon, x payah la nk sibuk sgt hal org