Terowong Genting Sempah Ditutup 60 Hari Mulai Selasa Ini, Laluan Kontra Diaktifkan

Trending

Terowong Genting Sempah Ditutup 60 Hari Mulai Selasa Ini, Laluan Kontra Diaktifkan

Terowong Genting Sempah akan ditutup selama 60 hari mulai jam 8 pagi sehingga 5 petang bermula Selasa ini bagi memberi ruang untuk kerja penyelenggaraan sistem dan pembaikan jalan dalam terowong tersebut.

Advertisement

“Laluan hala barat akan ditutup kepada lalu lintas bermula 10 Jan hingga 16 Feb manakala arah timur akan ditutup bermula 20 Feb hingga 22 Mac”, kata ANIH dalam satu kenyataan.

“Laluan akan dibuka seperti biasa dari 6 petang hingga 7 pagi,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, satu laluan kontra di Terowong Genting Sempah akan diaktifkan sepanjang tempoh penyelenggaraan itu.

“Kerja-kerja penyelenggaraan akan dihentikan pada cuti musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Thaipusam,” kata kenyataan itu.

Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai LPT boleh mengikuti laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman twitter @LPTTrafik atau menghubungi talian LPT-Line di 09-5947 111.

Sumber: Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...