Teroka Perniagaan Penjagaan Kesihatan, Tony Fernandes Rancang Hospital Mampu Milik

Trending

Teroka Perniagaan Penjagaan Kesihatan, Tony Fernandes Rancang Hospital Mampu Milik

Tune Group Bhd sedang mempertimbangkan untuk mengembangkan sebuah lagi perniagaan dalam penjagaan kesihatan yang mampu milik, lapor The Malaysian Reserve (TMR), hari ini.

Advertisement

Akhbar perniagaan harian itu memetik sumber perbankan dan kerajaan sebagai berkata kumpulan itu, yang majoritinya dimiliki hartawan penerbangan Tan Sri Tony Fernandes merancang untuk melancarkan Tune Care tidak lama lagi.

Tony juga dikatakan sudah bertemu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam bulan lalu untuk memberi taklimat mengenai pelan perniagaan asas Tune Care, kata laporan itu.

“Sumber yang dekat dengan pembangunan itu memberitahu TMR yang Tune Group sudah menubuhkan pasukan khas untuk meneroka pelbagai model perniagaan penjagaan kesihatan, termasuk makmal diagnostik, klinik dan hospital.

“Satu pasukan diketuai Dr Pal Singh, seorang rakyat Malaysia sedang mengusahakan pelan perniagaan itu. Pengumuman akan dibuat pada lewat tahun depan,” kata laporan itu.

ony sebagai pemilik bersama Tune Group dan Datuk Kamarudin Meranun sudah lama berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan mampu milik, sejak syarikat itu diasaskan pada 2001.

Kumpulan itu kini menjalankan perniagaan seperti hotel mampu milik, telekomunikasi dan insurans.

Laporan itu juga memetik Kamarudin sebagai mengesahkan “beberapa perkembangan” sedang berlaku dalam Tune Care dan kepimpinan Pal dalam syarikat itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

“Kami meminta Pal bertemu dengan kumpulan Tata, yang mempunyai hospital barah di India. Ini hanya untuk meneroka pelbagai model perniagaan,” katanya.

Beliau berkata Tune Group “teruja” untuk memuktamadkan model perniagaan untuk Tune Care dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, Kamarudin berkata pihaknya bimbang mengenai “isu liabiliti” dalam perniagaan penjagaan kesihatan.

“Kami cuba untuk melihat potensi liabiliti kerana kami akan menjalankan penjagaan kesihatan mampu milik.”

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.