February 14th, 2019

Tiada siapa yang boleh menafikan kecantikan Fasha Sandha, meskipun sudah mempunyai dua orang cahaya mata, beliau tetap anggun mempunyai tubuh badan persis anak dara.

Baru-baru ini, menerusi akaun Instagramnya, Fasha ada berkongsi foto kucing yang menjadi lambang kepada status seorang wanita yang melalui empat fasa kehidupan iaitu ketika gadis, setelah menikah, setelah mempunyai anak dan kemudiannya menjadi.

Kata Fasha, jelas sekali wanita yang paling comel adalah janda. Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat pelakon itu ramai janda diluar sana cantik. Namun, ada juga yang tidak bersetuju dan  berkata ramai wanita yang tidak mahu menjadi janda dan tidak patutnya isu itu dijadikan lawak.

Setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza dalam sesuatu isu, tetapi mungkin ada kalanya kita tidak perlu terlalu serius, relaks sikit. Apa-apa pun, kita doakan agar Fasha yang semakin berseri-seri ini cepat-cepat naik pelamin bersama tunangnya Aidil Aziz. Semoga persiapan pernikahan mereka pada penghujung bulan Mac ini berjalan lancar.


24 responses to “Ternyata Wanita Yang Paling Comel Adalah Janda – Fasha Sandha”

  1. Dina says:

    Dia ni ego tinggi. Dulu masa bf tak de asik merempan x puas hati kat ex husband and ex in laws. Pastu dah tunang konon nak tunang lama2 padahal dah gersang sangat nak berlaki.
    Kahwin jer lah Fasha… harap lepas ni kau jangan malukan lagi suami and ur in laws kat socmed lah ye.

  2. Y says:

    Comel kan kalau jaga perangai….

    Tp janda spesis yg ni merosakkan imej janda yg berakhlak mulia…..ni bukan janda comel jamban comel…..perasannn

  3. Anonymous says:

    Yang kutuk janda tu harap nya kalau bercakap fikir qada dan qadar Allah. Jangan riak ada suami.. kita x tau satu hari nnti x cerai hidup.. cerai mati, jadi janda la kamu. Takdir Allah kita x tau. Yang janda kalau pandai jaga diri..maruah.. Alhamdulillah anda lebih baik dari yang ada suami tapi x tau nak jaga mulut tu.

  4. Aku doakn org yg mngutuk janda ni akn lalui sama cm janda yg dua kutuk tu..bajet ada laki tu korang bagusla…ckp cm xde otak…tu la takdir nama dia….jgn rasa ko istri org ko dh bagus…

  5. kiki says:

    gatai anak dara lain..tapi janda ni kalau gatai lagi merenyam dari anak dara..sebab dia nak tuuuuuutttt……kiki..

Loading...