Written by AbangNara | August 11th, 2014

Semalam Abang Nara telah kongsikan berita gembira mengenai Adam dan Fiza yang telah pun rujuk kembali selepas penceraian mereka. Pasti semua pihak gembira dengan keputusan ini. Iyerlah, Adam pun dah baik sangat dengan anak-anak Fiza. Rasa rugi pulak jika perhubungan mereka berakhir dengan penceraian. Semoga kali ini kebahagiaan akan menjadi milik mereka berdua selamanya.

adam dan fiza elite

Berkata kepada BiPop semalam, Adam memaklumkan yang kekuatan cinta antaranya dan Fiza menjadi penyebab utama mereka rujuk kembali. Kata Adam:-

Walaupun bercerai, kami tidak bermasam muka dan masih terus berhubung. Ternyata cinta kami masih kuat. Setelah berfikir dan berbincang, kami ambil keputusan untuk rujuk semula pada bulan Ramadhan yang berkat.

Saya harap semua orang doakan yang terbaik agar perkahwinan kami kekal ke akhir hayat dan semoga dijauhkan daripada fitnah dunia.

Fiza juga meminta para peminat mendoakan mereka dikurniakan cahaya mata untuk mengeratkan lagi hubungan. Kata Fiza:-

Fiza harap peminat doakan agar kami dapat rezeki anak secepat mungkin. Insya Allah Fiza akan memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan masa lalu supaya rumah tangga kami pada masa akan datang akan jadi lebih baik lagi.

Harap perkahwinan kami kekal bahagia sampai ke syurga. Jika ada rezeki, kami ingin mengerjakan umrah bersama-sama, Insya Allah.

adam fiz

Insya Allah niat yang baik pasti akan dipermudahkan olehNya. Semoga kali ini Adam dan Fiza dapat mengecapi erti perkahwinan yang sebenar. Kalau gaduh sikit-sikit tue biasalah. Kena banyak tolak ansur dan memahami. Sama-samalah kita doakan mereka berdua.

P.S: Jom ramai-ramai kita sertai program Bidadari dan School of Sahabah yang dianjurkan oleh iMuslim ini. Ramai personaliti menarik seperti Ummi Nazeera, Mizz Nina yang bakal berkongsi kisah hidup mereka. Perkongsian yang pasti akan mencuit hati kita.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to Ternyata Cinta Kami Masih Kuat – Adam

  1. Anonymous says:

    agaknye aku first nehh hhahah

    0

    0
    • Minah bar sin po po says:

      Syabas ko first !!! Yeahhh
      Hadiahnya .. Bukak la mulut kasi batang negro sumbat ..

      0

      0
  2. Anonymous says:

    haku first…hahhahahhahha

    0

    0
  3. NinaK says:

    Alhamdulillah…

    0

    0
  4. nok gebuzzz says:

    Alhamdullilah….bersatu kembali,semoga kali ni kekal hinggan ke jannah & cepat2 dpt baby…..harap pengalaman sblom ni mematangkan fikiran buat kalian berdua….jgn terburu2 membuat keputusan…

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Fiza ni masa dia buat hal dengan ex husband dia dulu pasal skandal ngan bapa erin malek… pun pujuk ex husband dia rujuk balik kan? Tapi ex husband dah ada org lain… yg adam ni pun fiza pujuk balik… nasib adam mengalah.. fiza ni bila emo terus mintak cerai kot… pastu menyesal… merayu balik.

    0

    0
    • jgn nk melahar sgt bleh x? says:

      kau klu blom kawen..g main jauh2 ambik duit bli gula2…
      tak tau susah senang alam rumah tangga

      0

      0
    • lynn says:

      memang perempuan emosional. mungkin diorang gaduh besar sampai fiza mintak cerai & adam yg masa tu emosi pun tak stabil & mungkin dipush & diprovoke, lepaskan lah fiza. sebab tu perempuan akal 1, nafsu 9. lelaki akal 9, nafsu 1. perempuan bila dah marah, mana nak ingat dunia. mulut pun lepas je. ni bercakap dari pengalaman ye.

      so kita sebagai perempuan, kena lah bawak byk bersabar. jgn mudah mulut ni nak mintak cerai. perempuan yg mintak cerai dari suami tanpa sebab yg munasabah, tak cium bau syurga tau.

      0

      0
  6. Coreena A says:

    Wlupn aku tk minat artis ni…tp ni kn bnda baik. Bguslah…smoga berbahagia.

    0

    0
  7. cilikering says:

    haihhh, lepas ni korang practice give and take la, ego tu pun aside. komunikasi sesama sendiri pun penting, bkn komunikasi ke wartawan. if u have prob besar pun, ustaz kan ade utk membimbing. haih!

    0

    0
  8. Leeya says:

    kalau dah jodoh, tak kemana… doakan yang terbaik..

    0

    0
  9. […] Ternyata Cinta Kami Masih Kuat – Adam (11) […]

    0

    0