“Terlupa Nak Tarik Handbrake Ke Tu?,” Netizen Terhibur Lihat Kereta Wanita Ini Mengundur Tanpa Pemandu

Trending

“Terlupa Nak Tarik Handbrake Ke Tu?,” Netizen Terhibur Lihat Kereta Wanita Ini Mengundur Tanpa Pemandu

Pada mulanya penunggang motorsikal ini tidak menyangka apa-apa yang pelik ketika melihat kereta Perodua Kelisa berwarna biru ini mengundur secara perlahan-lahan. Tetapi oleh kerana pemanduannya yang terlalu perlahan, timbul kemusykilan sama ada kereta tersebut bergerak sendiri tanpa pemandu.

Ternyata tekaannya itu tepat apabila Reza Faiz mendapati kereta yang sedang mengundur di hadapannya ini tiada pemandu! Oleh kerana kereta tersebut hampir-hampir sahaja melanggar kenderaan yang lain, dia bergegas turun dari motorsikalnya dan menahan kereta tersebut.

Advertisement

Terlupa tarik handbrake

Video berdurasi hampir dua minit itu dikongsikan di Facebook miliknya dan kini mendapat lebih 900 perkongsian sejak dimuatnaik. Rata-rata yang menonton turut terhibur melihat aksi yang tidak disangka-sangka ini.

Aksi pemandu wanita tersebut yang mungkin terlupa mahu menarik brek tangan atau handbrake selepas meletakkan kenderaan di ruang tersebut menyebabkan keretanya bergerak dengan sendiri. Lebih menghiburkan, wanita tersebut kemudian sama-sama membantu menahan keretanya daripada bergerak.

facebook

Tindakan pantas Reza menahan kereta tersebut turut mendapat pujian daripada salah seorang pemandu yang berada di tempat kejadian. Menurutnya, dia sendiri tidak sedar kereta tersebut hampir saja melanggar keretanya yang berada di situ. Malah, dia turut berniat mahu membelanja Reza untuk minum bersama sebagai ucapan terima kasih.

Apa-apa pun, lepas ni jangan lupa tarik handbrake okay.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...