Pada mulanya penunggang motorsikal ini tidak menyangka apa-apa yang pelik ketika melihat kereta Perodua Kelisa berwarna biru ini mengundur secara perlahan-lahan. Tetapi oleh kerana pemanduannya yang terlalu perlahan, timbul kemusykilan sama ada kereta tersebut bergerak sendiri tanpa pemandu.
Ternyata tekaannya itu tepat apabila Reza Faiz mendapati kereta yang sedang mengundur di hadapannya ini tiada pemandu! Oleh kerana kereta tersebut hampir-hampir sahaja melanggar kenderaan yang lain, dia bergegas turun dari motorsikalnya dan menahan kereta tersebut.
Terlupa tarik handbrake
Aksi pemandu wanita tersebut yang mungkin terlupa mahu menarik brek tangan atau handbrake selepas meletakkan kenderaan di ruang tersebut menyebabkan keretanya bergerak dengan sendiri. Lebih menghiburkan, wanita tersebut kemudian sama-sama membantu menahan keretanya daripada bergerak.
Tindakan pantas Reza menahan kereta tersebut turut mendapat pujian daripada salah seorang pemandu yang berada di tempat kejadian. Menurutnya, dia sendiri tidak sedar kereta tersebut hampir saja melanggar keretanya yang berada di situ. Malah, dia turut berniat mahu membelanja Reza untuk minum bersama sebagai ucapan terima kasih.
Apa-apa pun, lepas ni jangan lupa tarik handbrake okay.