Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali dilaporkan telah terlibat dalam sebuah kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada hari Selasa yang lalu.
Menurut Fizi, dia yang sedang dalam perjalanan ke konti stesen radio tersebut kira-kira jam 5 pagi itu walau bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun keretanya telah rosak teruk sehingga perlu mendapatkan bantuan khidmat penunda.
Tambahnya lagi, ketika kejadian berlaku dia ternampak sesuatu seperti kelibat melintas laju dan telah melanggarnya.
“Kelibat itu macam seekor anjing, kuat juga hentaman samapi radiator kereta pecah dan bahagian depan kereta rosak teruk. Saya turun kereta untuk tengok, tapi tak ada apa. Mujurlah tak ada apa-apa yang buruk berlaku dan saya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.”
Suami kepada pelakon Shakilla Khoriri ini juga memaklumkan bahawa dia sudah membuat laporan polis berhubung dengan kejadian itu dan keretanya pula sudah dihantar ke bengkel untuk dibaiki.
View this post on Instagram
Fizi turut sempat menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan peka apabila berada di atas jalan raya kerana sesungguhnya kecelakaan dan malang tidak berbau.