Terlibat 47 Pertuduhan Pecah Amanah Dan Rasuah, Presiden UMNO Zahid Hamidi Diarah Bela Diri

Berita

Terlibat 47 Pertuduhan Pecah Amanah Dan Rasuah, Presiden UMNO Zahid Hamidi Diarah Bela Diri

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah memerintahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar tampil membela diri di atas kesemua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan nilai jutaan ringgit daripada pertubuhan amal iaitu Yayasan Akalbudi (YAB), lapor The Star.

Perkara tersebut telah diputuskan Hakim Collin Lawrence Sequerah di mana pada Isnin lalu, pihak pendakwaan telah membuktikan kes Prima Facie terhadap Zahid selepas mengambil kira keterangan yang dikemukan pada perbicaraan.

Advertisement

 

Hakim Collin Lawrence telah menetapkan 18 hari mulai tarikh 28 Mac 2022 agar Zahid Hamidi membela diri.

Mengikut pertuduhan, Zahid telah didakwa atas 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, 8 kes rasuah dan 27 adalah kes pengubahan wang haram.

Wang-wang tersebut dilaporkan telah digunakan untuk urusan peribadi seperti membayar hutang kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan sendiri, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Zahid yang ditemui setelah prosiding memaklumkan bahawa dia akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi dan menegaskan akan tetap menghormati apa jua prosedur badan kehakiman itu, lapor Berita Harian.

Saya secara peribadi serta peguam saya akur dengan keputusan mahkamah seperti yang dibacakan hakim kerana itu hak mutlak hakim, dan keakuran ini tidak terhenti pada hari ini.

 

Sebaliknya, apabila pembelaan diri diputuskan, pasukan guaman saya akan menjalankan tugas mengikut prosedur yang telah ditentukan mahkamah.

Suasana di luar Mahkamah Tinggi Hari ini juga agak tenang meskipun terdapat puluhan penyokong Zahid Hamidi hadir dan  berkumpul bagi memberi kata-kata semangat buat figura politik itu.

Zahid hamidi
3 years ago

Kes Pecah Amanah Yayasan Akal Budi, Nasib Zahid Hamadi Akan Ditentukan Esok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...