Terlepas Hukuman Gantung, Pembunuh Altantuya Dipenjara 40 Tahun, 12 Sebatan

Berita

Terlepas Hukuman Gantung, Pembunuh Altantuya Dipenjara 40 Tahun, 12 Sebatan

Azilah Hadri yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu 18 tahun lalu terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikannya dengan hukuman penjara 40 tahun dan 12 sebatan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Azilah,48, untuk mengetepikan hukuman mati itu.

Advertisement

Ketika prosiding, mahkamah dimaklumkan bapa kepada Altantuya, Dr Shaariibu Setev menyokong permohonan semakan hukuman mati yang difailkan oleh bekas komando polis itu diganti kepada pemenjaraan.

“Kami ada surat daripada bapa mangsa, beliau juga meminta supaya hukuman mati diganti kepada penjara.” maklum peguam mewakili Azilah, J. Kuldeep Kumar.

pembunuh altantuya dipenjara 40 tahun

Sebelum ini, kerajaan telah menguatkuasakan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori pada 4 Julai tahun lalu di mana ia menyaksikan hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun dan sehingga 40 tahun.

Mengimbas kembali, Azilah telah dijatuhkan hukuma mati pada tahun 2009 bersama-sama Koperal Sirul Azhar kerana membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja pada 19 Oktober 2006.

Seorang lagi individu yang juga pengasas politik, Abdul Razak Baginda telah dibebaskan daripada pertuduhan tersebut. – KOSMO ONLINE

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pembunuh sosilawati dihukum gantung
2 days ago

Pembunuh Sosilawati Ke Tali Gantung, Anak Perempuan Luah Rasa Syukur - "Allahuakbar..Allahuakbar"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...