Difahamkan bahawa penyanyi Amira Othman telah dikejarkan ke sebuah perubatan swasta di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu selepas otot pahanya didapati telah terkoyak dan berdarah.
Amira Othman atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman,27, berkata dia menyangka bahawa kesakitan yang dialaminya di bahagian otot paha setelah menyertai kelas senam berbasikal (indoor cycling) adalah perkara biasa pada awalnya.
Namun, setelah beberapa lama, kesakitan yang dialaminya semakin serius apabila air kencingnya telah bertukar menjadi warna kehitaman.
View this post on Instagram
“Mungkin disebabkan kelas itu intense sangat, tapi saya cuba juga push diri, paksa punya paksa sampai sakit otot. Selepas diperiksa doktor, otos saya rupanya telah koyak dan berdarah. Jadi darah itu telah merebah pada organ dalaman. Darah itu kacau buah pinggang dan hati tapi nasib baik buah pinggang saya okay.”
Menurut Amira lagi, dia kini berada di bawah pemantauan doktor bagi memastikan keadaan organ hati dalam badannya itu baik dan selamat.
View this post on Instagram
Penyanyi lagu Hati-Hati itu walau bagaimanapun berasa syukur kerana diberitahu bahawa keadaannya kini semakin pulih dan mungkin akan dibenarkan pulang pada hari Rabu atau Khamis.
Amira turut sempat menyampaikan pesanan kepada mereka di luar sana yang aktif bersukan supaya sentiasa berpada-pada dalam melakukan apa jua aktiviti agar tidak memakan diri.
Sumber : mstar Online