Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Terlanjur Kata, Issey Mohon Maaf Pada Shuk Sahar Dan Netizen

Issey

Gara-gara terlanjur kata, pelawak dan juga penyampai radio Issey tampil memohon maaf kepada netizen di atas gurauan kasar terhadap Shuk Sahar seperti yang tular baru-baru ini.

Ayat “awak pernah curang saya tak pernah” difahamkan telah diungkap Issey dalam program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim ke-4 yang ditayangkan di saluran TV3.

Advertisement

View this post on Instagram

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

Ujar Issey, meskipun dia dan Shuk rapat dan sering bergurau kasar, penyampai radio Suria FM ini mengakui bahawa dia tidak sepatutnya mengeluarkan ayat tersebut secara terbuka apatah lagi dalam sebuah program yang ditayangkan di TV.

“Rakaman program itu pada April lalu. Saya dan Shuk memang rapat dari dulu, malah kalau kami bergurau pun agak kasar. Saling membahan. Itu saja. Sejujurnya saya tiada niat apa-apa ketika mengeluarkan ayat itu…”

Jauh sekali ingin menjatuhkan maruah rakan seperjuangannya itu, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin juga mengambil inisiatif untuk menghubungi Shuk dan memohon maaf kerana tidak menyangka ianya akan menjadi isu dan tular.

View this post on Instagram

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

Advertisement

“Saya harap dengan penjelasan ini semua faham dan ambil maklum. Tidak ada lagi komen yang bukan-bukan ditujukan pada saya atau Shuk..” pinta Issey lagi.

Dia dalam pada itu turut berjanji akan menjadikan perkara tersebut sebagai pengajaran dan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    July 8, 2021 at 9:53 am

    kesian issey. aku paham cara org laki bergurau. laki aku siap bergurau dgn kwn sekerja die. kwn die nak mintak duit ot lebih sikit. pastu kwn die tu senaraikan ape yg die kene bayau bulan2 termasuk kete beso moto beso kete kecik rumah beso rumah kecik. laki aku boleh selambe je reply satu2 kt list tu. die kate moto beso tu boleh let go bang beli moto kecik je. kete beso tu jual bang tinggal kete kecik je. rilekkk je dorg ni bergurau kasar. klu pmpwn mau merajuk bertahun2

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top