“Terlampau Loud, Nak Kahwin Nanti Cari Bapak Juga” – Buat Surat Terbuka, Ada Pertikai Tindakan Syada Amzah

Hiburan

“Terlampau Loud, Nak Kahwin Nanti Cari Bapak Juga” – Buat Surat Terbuka, Ada Pertikai Tindakan Syada Amzah

Setelah sekian lama mendiamkan diri isu rumah tangga ibu bapa, semalam, Syada Amzah membuat surat terbuka buat ayah, ND Lala sempena hari lahirnya.

Difahamkan dari surat terbuka, Syada memberitahu mereka sekeluarga sama sekali tidak mempunyai sebarang akses untuk menghubungi ND Lala.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

Perkongsian tersebut sememangnya menerima perhatian daripada kalangan selebriti serta para netizen yang mendoakan agar keluarga tersebut kuat hadapi ujian ini.

Bagaimanapun, dalam pada masa yang sama, ada juga beberapa netizen yang pertikaikan tindakan anak penyanyi veteran tersebut membuat surat terbuka secara umum kepada bapa sendiri.

komen netizen

komen netizen

Tidak mendiamkan diri daripada dikritik netizen kerana membuat surat terbuka itu, Syada membalas setiap komen yang mempertikaikan tindakannya itu dan bertegas hanya mahu pertahankan keluarga saja.

Bila mana ada netizen yang mencadangkan untuk membawa ND Lala dirawat secara Islam, gadis tersebut berkata mereka sekeluarga sudah ikhtiar beberapa bulan yang lalu, namun masih tiada hasil dan sekarang ini berdoa semuanya baik-baik saja.

komen netizen

Sebelum ini, ibu Syada iaitu Datin Fauziah Sarman mendedahkan wajah wanita ‘penyondol’ yang bernama Siti Munirah Abd Ghani di Instagram dengan meletak kapsyen ‘Isteri Dato’ ND Lala..Datin Siti Munirah Abd Ghani’.

Mamazie nd lala penyondol
1 year ago

(FOTO) "Penyondol.." - Isteri ND Lala Dedah Wajah Wanita Di Instagram, Kapsyen Ringkas Berbaur Perosak Rumah Tangga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...