Pasangan suami isteri mana yang tak mahu mendapat cahaya mata selepas berkahwin. Namun tidak semua dikurniakan rezeki untuk menimang anak dengan mudah dan cepat. Ada yang kena tunggu bertahun-tahun barulah si isteri disahkan hamil. Ini semua dugaan dan ujian dariNya. Begitu juga dengan pasangan Izzue Islam dan Awin yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 4 tahun berkahwin.
Namun Izzue Islam dan isteri tidak tertekan dengan persoalan dari orang ramai tentang zuriat. Malah Izzue memaklumkan kesibukannya bekerja sehingga tidak bercuti menjadi salah satu sebab mereka belum dikurniakan cahaya mata. Kata Izzue:-
Saya akui sejak saya berkahwin, saya belum ada masa untuk berehat daripada kerja apatah lagi untuk bercuti. Jadual kerja saya memang penuh dan saya hanya dapat bercuti jika ada produksi yang menunda atau membatalkan temu janji penggambaran atau sebagainya.
Ramai yang menasihati saya supaya mengambil masa untuk bercuti dan berehat bersama isteri kerana ia salah satu cara memudahkan kami untuk menimang cahaya mata.
Bukan tak mahu bercuti, cuma saya dan isteri memang suka bekerja dan tidak sampai hati untuk menolak tawaran kerja yang diterima kerana pada saya, selagi orang mahukan kita, selagi itulah saya tak mahu tolak rezeki.
Malah Izzue memaklumkan tahap kesibukannya bekerja sehingga menyebabkan mereka belum ada masa untuk berjumpa pakar untuk membincangkan perkara ini.
Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni. Insya-Allah, suatu hari nanti.
Alhamdulillah, setakat ini saya dan isteri tidak berasa tertekan dengan persoalan mengenai anak. Kami anggap mereka yang bertanya adalah mendoakan tentang kami.
Semoga selepas ini Izzue akan meluangkan masa untuk mencuba mendapat anak apabila benar-benar bersedia. Apa pun setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Tak perlu tergesa-gesa. Sumber Astro Gempak.