Susulan aktiviti rangka promosi lagu terbaru berjudul Parah nyanyian Ayda Jebat, penyanyi itu dikritik netizen kerana video tersebut telah memperlihatkan artis genit itu memakai pakaian yang terlalu seksi dan tidak sesuai dipandang.
Lagu Parah itu difahamkan telah boleh didengari sejak minggu lalu dan kini hanya menanti waktu untuk video muziknya dilancarkan secara rasmi.
Ayda Jebat sebelum ini telah memuat naik beberapa klip video pendek sebagai promosi sebelum ianya dilancarkan secara rasmi di Instagram miliknya. Dalam video tersebut telah memaparkan beberapa wanita berpakaian menjolok mata dan seksi.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Berikutan itu, netizen telah tampil menegur baju dres pendek paras atas lutut berwarna emas yang dipakai Ayda kerana bagi mereka ianya tidak sesuai dan seksi.
Meninjau ruangan komen, ramai peminat telah tampil memberikan komen dan merasakan bahawa Ayda sepatutnya lebih bijak dalam memilih busana. Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar tunang kepada Nabil Mahir itu diberikan hidayah dan berubah menjadi insan yang lebih baik.
Apa-apapun, diharap video muzik rasmi lagu Parah tidaklah seteruk yang disangka. Sama-sama kita nantikan!