Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Terlalu Seksi, Jimmy Couture Perjelas Kontroversi Persalinan Ashira Di Malam Separuh Akhir Gegar Vaganza

Tampil menggayakan busana berwarna merah putih pada malam separuh akhir Gegar Vaganza musim ke-7 Ahad lalu, Ashira didakwa telah tampil berpakaian terlalu seksi dan keterlaluan oleh netizen.

Ianya secara tidak langsung telah menerima pelbagai reaksi dan komen daripada peminat program nyanyian popular tersebut.

Namun begitu, pereka busana Ashira pada malam itu iaitu Jimmy Couture telah tampil memberikan penjelasan mengenai kontroversi itu.

Advertisement

Menurut pereka fesyen terkenal itu, busana tersebut dibuat atas permintaan Ashira sendiri dan ianya diinspirasikan daripada gaun yang pernah digayakan oleh penyanyi luar negara iaitu Gwen Stefani.

Jimmy dilihat telah membuat kenyataan tersebut menerusi akaun Instagramnya pada malam Ahad lalu.

“Viral ke?? Lah.. Ini permintaan @ashiraaziz..inspiredd by @gwenstefani outfit..i buat apa yang dia nak.. cuma kali ini je dia nak sangat apa yang dia inginkan..sebab separuh akhir. Maaflah kalau nampak keterlalu..lupa pulak Malaysia kan sensitif!”

Advertisement

Meskipun menerima pelbagai komen dan kecaman, Jimmy walau bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada mereka di luar sana yang tampil memberikan komen tidak kiralah positif atau negatif. Jimmy turut berkata bahawa dia menerima semua pendapat yang dilontarkan dengan hati yang terbuka.

View this post on Instagram

A post shared by AshiraGV7 (@ashiraaziz)

Manakala buat Ashira, dia sama sekali tidak tersinggung dengan kritikan yang diterimanya dan menerima semua teguran sebagai kata-kata semangat serta berjanji akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Sekadar info, Ashira menyampaikan lagu Peluang Kedua (Nabila Razali) serta lagu Inggeris berjudul Don’t Speak nyanyian asal Gwen Stefani pada pusingan separuh akhir yang berlangsung pada malam tadi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    December 9, 2020 at 3:01 pm

    wlupon gwenstefani tu e pkai suo pendek…tp x derk la dia g letak bunga kt cekpek dia…klu letak kt pinggang je xleh ker?omaigod….

  2. anonymous

    December 7, 2020 at 2:55 pm

    memang la permintaan shira ,tapi nyah kau sebagai designer aku kira kau gagal sebenarnya sebab kau tak de ‘bakat’ utk design baju soo kau ni cuma tukang jahit je sebenarnya ada paham ka.statement kau pun punyalah kesian tak de confident,kau letak bulat2 atas client kau

  3. Anonymous

    December 7, 2020 at 10:54 am

    halah halah… placement bunga ko pun diknon. tasteless lah letak bunga kat crotch macam tu. bagi aku bukan masalah seksi more to tasteless

    • tecit

      December 7, 2020 at 12:48 pm

      haha baru nk ckp. betoi. awat hang p letakkk bunga sekuntum terjenggoi terjuntai tang tu cheq oiiiii. carik pasai laaa hang. boleh jaa ang p letak bunga2 tu keliling jadi mcm skirt pendek. mcm gwen punye tu. pastu sarung la sluaq ketat tu apasalahnyaa.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top