Terlalu Sayang Seluar Zaman Sekolah, Tetap Pakai Senyap-Senyap Walau Dah Kahwin.

Trending

Terlalu Sayang Seluar Zaman Sekolah, Tetap Pakai Senyap-Senyap Walau Dah Kahwin.

Assalamualaikum,tak tahu macamana nak mula..admin mohon jangan gelak ya cerita saya ni,sebab admin orang pertama yang akan baca??..saya nak tanya ada ke manusia macam saya? hahha..

Advertisement

saya ada benda yang saya sayang, benda ni dari zaman sekolah lagi,saya simpan then saya tetap bawa zaman universiti,masa zaman belajar dulu,saya akan pakai masa roomate takda atau balik kampung, saya sayang sangat seluar ni.

Sehinggalah 2013 saya berkahwin saya bawa seluar ni,saya tetap akan pakai bila suami pergi kerja,memamg saya sorok seluar ni dari suami sb saya malu,

Tapi nak dijadikan cerita suatu hari, saya lepas mandi saya keluar bilik air,saya nampk seluar saya kat pintu toilet, MASYAALLAH, siapa letak seluar kesayangan aku disini????????. Nak jatuh air mata saya, saya pergi tanya suami kenape seluar tu ada kat situ.

Suami selamba cakap dia jumpa seluar tu dalam timbunan kain kotor,masa nak basuh kain tadi jd dia buat la lap kaki,kenape campur baju kita ngn kain buruk??

Apa kain buruk kau kata??(ni dalam hati la).saya diam je. Saya terus ambik dan simpan balik, kali ni saya sorok tempat tinggi supaya dia tak jumpa.

Bila dia out station saya happy sgt sebab boleh pakai seluar ni dengan tenang hahha. Masa dekat raya haritu,biasa suami akan kemas2 rumah, sebab saya akan busy dengan biskut raya.

Sedang busy membaking saya tgk suami bawa tangga katanya nak bersih kipas..sy pun ok la memang tu kerja nya setiap tahun bila nak raya.

Tiba tiba saya terpandang kain yg kat tangannya…….Allahhhhhhhhh..seluar aku….macmana dia jmpa seluar aku????…saya terus menjerit sekuat hati…”ABANGGGGG SELUARRRRR SAYA!!!!!!!!!!!!”, smpai bergoyang tangga yg suami naik utk bersih kipas…

Dia pun blur..tengok muka aku,tengok seluar kat tangannya,2,3kali…dia pun tanya “ni ke seluar awk???..dia pun gelak besar sampai merah mukanya gelak kan aku.

Dan berkata apa punya seluar la,s eluar setan pun lawa lagi dari seluar ni??.siot punya suamiiii aku….dalam hati aku kata,wei…kat mana plak kau pernah tengok seluar setan??……..,..hahahaah….

Akhirnya? terbongkar la seluar kesayangan aku ni dkt suami…patut la dia hairan kenape la seluar ni misteri sangat katanya..dia selalu nampk seluar ni di tmpat tercorok..macam ada saka kat seluar tu katanya…jahat betul mulut laki aku hahah…

Sekarang ni aku bahgia sebab aku dah tak perlu sorok lagi, yang paling best suami aku pulak suka aku pakai seluar tu..seksi katanya…hahaha…

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...